Mesti korang pernah makan kat Boat Noodle sapa tak kenal restoran popular di negara Thailand kini dah ada di Malaysia. Makan tidak lah begitu mengenyangkan tapi banyk pilihan boleh cuba di sini dan itu membuatkan kita kenyang wakakaka... Sampai habis jugalah dekat 20 mangkuk aku habiskan hari tu memang kenyang.
Sekarang ada 7 menu baru boleh anda nikmati di semua cawangan Boat Noodle dan aku baru sahaja cuba menu2 ini. Sebelum ini tahu restoran ini hanya ada makanan mee dan juga makanan Thai. Tapi kini dah ada macam2 menu makanan di sini dan aku rasa ia cukup menyelerakan. Jom kita tengok menu2 terbaru di restoran Boat Noodle yang menjadi kegilaan ramai ni.
Buat anda nak cari kat mana restoran Boat Noodle kini telah mempunyai sembilan cawangan di Malaysia yang strategik terletak di Empire Damansara, The School at Jaya One, Ikon Cheras, Berjaya Time Square, Publika, Sutera Mall di Johor Bahru, Gamuda Walk di Kota Kemuning, Klang Parade dan D'Pulze Cyberjaya. Untuk maklumat lanjut promosi dan juga menu baru boleh pergi laman Facebook mereka ok. Selamat menjamu selera.
Sumber maklumat dari blog Mahamahu.com
No comments:
Post a Comment