Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) di Baitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).
Masjid Agung Samarra di Iraq yang dsiap pada tahun 847 M, menggabungkan gaya seni bina hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina.
Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menawan bandar itu dari Byzantine, mereka menukarkan gereja itu kepada sebuah Masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah Masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid RĂ¼stem Pasha.
Masjid Agung Kairouan (atau Masjid Uqbah) di Tunisia dianggap sebagai pelopor seni bina semua masjid di dalam alam Islam barat. Tiang marmar asalnya buatan Romawi yang dibawa masuk dari Carthage, dan unsur-unsur lain mengandungi bentuk-bentuk Romawi. Masjid ini merupakan satu daripada contoh utama masjid agung yang dipulihara, dibina dalam tahun 670 M, dan dalam bentuknya kini, berasal dari zaman Aghlabiyah (abad ke-9 M).
Masjid Uqbah dibina dengan sebuah menara segi empat besar, sebuah laman yang dikelilingi anjung serambi dan sebuah dean solat besar yang dibian dengan gaya hypostyle yang ditutupi dua kupola besar pada paksinya. Masjid Agung Samarra di Iraq, yang selesai dibina dalam tahun 847 M, menggabungkan gaya hypostyle dengan barisan tiang yang menyokong tapak rata dengan binaan sebuah menara berpusar di atasnya.
Sumber daripada Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_bina_Islam
No comments:
Post a Comment