28 July 2016

Produa Bezza Kenderaan Sedan Saingi Pengluar Kereta Di Malaysia

Spesifikasi terperinci 2016 Perodua Bezza. Perodua adalah salah satu pengeluar kereta terbesar di Malaysia. Dan, syarikat ini akan melancarkan kereta terbaru, 2016 Perodua Bezza. Bezza adalah ciptaan kejayaan dalam syarikat itu kerana ia dilengkapi dengan teknologi yang lebih baik dan enjin serta kabin yang lebih selesa. Tiada siapa yang tahu apa yang menjangka Malaysia di dalam kereta yang lebih baik daripada Perodua jadi mari kita lihat perkara-perkara yang luar biasa anda akan mendapat jika anda membeli kereta ini.


Engine Spesifikasi

Ini jenama baru 2016 kereta Perodua Bezza mempunyai dua jenis enjin. Model Standard dilengkapi dengan 1.0 L 1KR-VE VVT-i enjin yang boleh menghasilkan 67 kuasa kuda @ 6000 rpm. Sementara itu, Premium akhir dan Advance model yang lebih tinggi dilengkapi dengan 1.3 L 1NR-VE enjin, yang boleh memberikan 94 kuasa kuda dengan 121 Nm tork. Jika anda memilih Standard atau Premium Digital, anda boleh membuat pilihan antara 5 kelajuan manual transmisi dan transmisi automatik 4 kelajuan. Sementara itu, model Advance hanya mempunyai transmisi automatik.


Exterior Design

Tidak ada yang baru atau luar kotak pada bahagian luar. Ia adalah sedan anyway, jadi ia hanya biasa jika reka bentuk adalah sangat mudah. Tetapi ia mempunyai cantik 14 inci aloi roda, lampu belakang LED dan lampu bagus dan jeriji yang menambah sesuatu yang lebih kepada reka bentuk. bahagian belakang adalah lebih panjang daripada sedan lagi untuk menambah lebih banyak ruang di dalam batang, dan ia juga mempunyai terjual depan panjang. Perodua Bezza baru berukuran 4150 mm panjang, 1,510 mm tinggi dan 1,620 mm lebar.


2016 ciri-ciri komputer Perodua Bezza

Ini Baru 2016 Perodua Bezza adalah sangat sesuai untuk keluarga kerana lapang 508 L kabin. Tempat duduk adalah sangat fleksibel dan juga supaya penumpang dan pemandu pasti akan berasa selesa di dalam kereta ini. Model Advanced mendapat piano hitam papan pemuka kulit dengan aksen perak indah serta kerusi kulit yang selesa dan lembut. Ia juga dilengkapi dengan skrin sentuh LCD yang besar, dan bukit mula membantu.

Perodua mengambil keselamatan Bezza ke tahap yang lain dengan menambah beg udara berkembar dan lima bintang Vehicle Stability Control dalam model Advanced dan empat bintang dalam model lain.


Perodua Bezza Harga dan Tarikh Siaran

Nasib baik, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan tangan anda ke atas rakyat Malaysia kebanggaan ini. 2016 Perodua Bezza akan dikeluarkan pada 21 Julai 2016. Harga bagi model standard RM 37.300 untuk penghantaran manual dan RM 39.300 untuk automatik. julat harga model Premium adalah sekitar RM 42,800 untuk penghantaran manual dan RM 44,800 untuk automatik atau kira-kira $ 11,008.19 Dolar AS. Sementara itu, model Advanced hanya mempunyai transmisi automatik, dan ia kos sekitar RM 50.800. Terdapat satu lagi kejutan. Terdapat baru Perodua Bezza kereta peronda keselamatan. Sila Tunggu untuk mendapatkan berita terkini tentang perkara ini.







Rahsia Kaki Pancing Yang Perlu Kaki Pancing Tahu

Kekalkan Ikan Segar





BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas. Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. 


Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk. Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja. (Sumber rujukan: Majalah Wawasan Pertanian).

Ikan kecil panggil ikan besar


KAKI pancing wajar mengetahui etika memancing. Misalnya, pemancing hanya perlu mengambil hasil tangkapan yang besar dan diperlukan saja manakala ikan kecil dan tidak diperlukan dilepaskan semula, terutama bagi spesies ikan yang hampir pupus. Amalan ini bukan sahaja dapat mengekalkan spesies ikan tertentu pada masa depan malah bersesuaian dengan petua orang tua. Selain tidak bertindak kejam ia juga dikatakan akan membolehkan kita mendapat tangkapan yang banyak dan besar. Menurut Rahmat Mohd Nazim, 36, dari Pekan, Pahang, ada orang tua berpesan jika pemancing dapat ikan kecil, kita perlu lepaskan semula. Jangan dianiaya. "Untuk mendapat ikan yang banyak, kita boleh minta anak ikan berkenaan memanggil ikan yang lebih besar untuk tangkapan kita. Kemudian kita bebaskan ikan itu ke laut. Insya-Allah jika ada rezeki kita akan dapat tangkapan lebih besar," katanya ketika mengunjungi Balai Joran, baru-baru ini. Menurut Rahmat, ramai yang mengamalkan petua itu pernah mendapat tangkapan lumayan. Walaupun petua ini tidak semestinya menjadi kenyataan, namun yang penting amalan ini menjadikan pemancing lebih beretika.

Ekor Sembilang penawar bisa


USIANYA yang sudah melepasi setengah abad tidak menggambarkan Yusof Abdul Raof patah semangat dalam aktiviti hariannya sebagai seorang pengusaha makanan di sebuah gerai di Petaling Jaya, Selangor. Apa yang tersirat dalam hatinya, manusia ini seharusnya terus berusaha dalam apa jua bidang yang diceburi termasuk pelbagai kegiatan di masa lapang. Yusof, 58, atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Sembilang sentiasa bersyukur atas kebolehan luar biasanya sebagai seorang pemancing yang tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Kegemaran memancing yang sudah tertanam di jiwanya sejak berusia 10 tahun itu membolehkan Yusof mendapat gelaran Raja Sembilang kerana beliau memang penganyir dan pakar memancing ikan berkenaan. Tanpa mahu merahsiakan kepakaran luar biasa itu, Yusof secara spontan berkata, apa bidang sekalipun seseorang itu mestilah berilmu selain daripada kemahiran semula jadi. "Saya mengaku, mempelajari segala petua dan cara-cara memancing sembilang ini daripada seorang tua di kampung saya, tetapi sekadar kegunaan sendiri aja..." senyumnya menampakkan keikhlasan. Bagaimanapun beliau terpaksa berpegang kepada segala janjinya iaitu tidak boleh makan ikan berkenaan tetapi sekadar memancingnya saja dan jika hasil tangkapan itu lumayan hendaklah dibahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukannya. 

Jika beliau melanggar pantang larang ini, ini bermakna tangkapan spesies berkenaan tidaklah sebanyak mana kebiasaan yang diperolehi tetapi sekadar untuk sekeluarga saja. Yusof tidak menyimpan rahsia cara mengenali lubuk sembilang. Pemancing tambahnya, perlu memerhatikan buih-buih yang mungkin dapat dilihat pada permukaan air ketika air besar. Jika buih-buih kelihatan sudah pasti kawasan itu mengandungi banyak sembilang dan tidak akan menghampakan selain ikan ini mudah di kail ketika air mula pasang dan pada waktu surut. Pemancng juga mudah menghasilkan tangkapan ikan ini jika air teres iaitu ketika air surut mirip kepada lopak-lopak air kawasan menghampiri persisiran pantai. Yusof menunjukkan jari dan sebahagian daripada lengannya sambil tersenyum berkata: "Lihat tangan dan jari ini sudah lali dan kebas kerana bisa ikan sembilang. "Pemancing tentu lebih maklum, sengat sembilang bisanya bukan kepalang menjalar hingga ke jantung dan jika rawatan segera tidak diberi pemancing pasti pengsan malah lebam seluruh badan. "Tangan saya ni" sambil menunjukkan berulang kali "tebal kulitnya, bahagian jari ni sudah kematu terkena sengat. "Saya kurang pasti ada yang mengatakan bisa ikan ini akan susut selepas tujuh kali air pasang dan surut. Tetapi bagi saya cara menghilangkan biasanya mudah aja iaitu gigit saja ekor ikan ini sekuat-kuatnya, hingga bisa beransur susut" wajah Yusof membayangkan kebenarannya.



Sumber daripada Utusan Malaysia




Cara Tradisional Mengawal Sakit Gigi Dari Terus Menyakitkan

Ketahui selain dari memberus gigi kita juga boleh mengawal sakit gigi yang kita hadapi dengan perubatan dan cara tradisional. Mudah sahaja segalanya ada di dalam rumah anda saha tak perlua perbelanjaan tinggi dan besar. Mari kita tengok tips dan apa yang perlu di lakukan untuk mengawal sakit gigi.

1) Membersihkan Mulut / Gigi

Bakteri adalah penyebab utama sakit gigi karena bakteri dapat menyebabkan kerusakan pada gigi dan gusi. Jadi jangan lupa or malas untuk membersihkan mulut terutama setalah kalian selesai makan.

2) Limau Nipis

Limau nipis juga obat loh. caranya teteskan sesendok demi sesendok pada bagian gigi yang sakit setiap 10 menit, sampai sari limaunya habis. Vitamin C pada sari limau juga boleh meredakan sakit gigi dan itulah jeruk nipis menjadi salah satu cara mengobati sakit gigi belubang.


3) Garam

Ternyata dibalik rasa asin pada garam ada kandungan yodium yang ternyata bisa meringankan ngilu pada gigi. Gini nih caranya, larutkan garam dalam segelas air mineral hangat kemudian Aduk, abis itu gunakan sebagai mouthwash sampai kalian merasa cukup nyaman dan gak terlalu tersiksa karena rasa sakit gigi. Tapi, kalian gak dianjurkan langsung mengunyah garamnya, karena penyebarannya tidak sampai pada sela -sela gigi.

4) Belimbing Buluh

Caranya Ambil beberapa buah belimbing buluh Cuci bersih, kedian makan dengan menggunakan garam. Kunyah perlahan dengan menggunakan gigi yang sakit.

5) Cengkeh

Cengkeh juga bisa mengurangi rasa sakit pada gigi karena Cengkeh ini memiliki anti - inflamasi, antioksidan, anti bakteri dan sifat anestesi. Caranya semprotkan sedikit minyak cengkeh ke kapas lalu tempelin pada gigi yang sakit. kalian juga bisa campurin beberapa tetes minyak cengkeh ke dalam gelas berisi air untuk berkumur.

6) Bawang Putih

Bawang putih yang memiliki sifat antibiotik ini sangat efektif untuk mengurangi rasa sakit pada gigi. Caranya ambil satu siung bawang putih tumbuk sampai halus, tambahkan garam dan oleskan langsung pada gigi yang terasa sakit. Ulangi perawatan ini sampai beberapa hari .


7) Bawang Merah

Kita lanjut ke Bawang merah yang memiliki sifat antiseptik dan antimikroba yang ternyata bisa untuk mengontrol sakit gigi. caranya Ambil satu siung bawang merah mentah terus mengunyahnya sempai beberapa menit sampai rasa sakit pada gigi ilang. Tapi jika kalian gak bisa mengunyah, gosokin ajah pada gigi yang sakit. Ini akan membant membunuh bakteri di mulut penyebab infeksi.

8) Daun Jambu Batu

Daun jambu biji ternyata juga bisa meredakan sakit gigi. Caranya kalian cukup Kunyah satu atau dua lembar . terus gosokkin pada gigi yang sakit Atau bisa juga masak dan tambahakan garam sampai mendidih 4-5 daun jambu biji pada segelas air..

9) Lada

Lada akan Obat sangat berguna ketika gigi sangat sensitif. caranya Ambil merica dan garam dengan jumah yang sama terus campurkan beberapa tetes air untuk membentuk pasta. Lalu Oleskan pasta langsung pada gigi yang sakit dan diamkan selama beberapa menit. Kalau perlu Ulangi kegiatan ini setiap hari hingga beberapa hari hingga sakit yang disebabkan oleh gigi berlubang berkurang.

10) Biji Asam Jawa

Untuk biji asam jawa ini , cukup kalian sangrai bijinya, lalu haluskan sampai sehalus halusnya. kemudian oleskan pada bagian gigi anda yang sakit.


Sumber dari website Kesihatan Gigi 


 

Pengalaman Makan Di Boat Noodle Habis Dekat 20 Mangkuk

Mesti korang pernah makan kat Boat Noodle sapa tak kenal restoran popular di negara Thailand kini dah ada di Malaysia. Makan tidak lah begitu mengenyangkan tapi banyk pilihan boleh cuba di sini dan itu membuatkan kita kenyang wakakaka... Sampai habis jugalah dekat 20 mangkuk aku habiskan hari tu memang kenyang.


Sekarang ada 7 menu baru boleh anda nikmati di semua cawangan Boat Noodle dan aku baru sahaja cuba menu2 ini. Sebelum ini tahu restoran ini hanya ada makanan mee dan juga makanan Thai. Tapi kini dah ada macam2 menu makanan di sini dan aku rasa ia cukup menyelerakan. Jom kita tengok menu2 terbaru di restoran Boat Noodle yang menjadi kegilaan ramai ni.







Buat anda nak cari kat mana restoran Boat Noodle kini telah mempunyai sembilan cawangan di Malaysia yang strategik terletak di Empire Damansara, The School at Jaya One, Ikon Cheras, Berjaya Time Square, Publika, Sutera Mall di Johor Bahru, Gamuda Walk di Kota Kemuning, Klang Parade dan D'Pulze Cyberjaya. Untuk maklumat lanjut promosi dan juga menu baru boleh pergi laman Facebook mereka ok. Selamat menjamu selera.


Sumber maklumat dari blog Mahamahu.com





27 July 2016

Gaya Seni Bina Islam Seluruh Dunia

Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) di Baitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).


Masjid Agung Samarra di Iraq yang dsiap pada tahun 847 M, menggabungkan gaya seni bina hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina.

Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menawan bandar itu dari Byzantine, mereka menukarkan gereja itu kepada sebuah Masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah Masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid RĂ¼stem Pasha.


Masjid Agung Kairouan (atau Masjid Uqbah) di Tunisia dianggap sebagai pelopor seni bina semua masjid di dalam alam Islam barat. Tiang marmar asalnya buatan Romawi yang dibawa masuk dari Carthage, dan unsur-unsur lain mengandungi bentuk-bentuk Romawi. Masjid ini merupakan satu daripada contoh utama masjid agung yang dipulihara, dibina dalam tahun 670 M, dan dalam bentuknya kini, berasal dari zaman Aghlabiyah (abad ke-9 M). 

Masjid Uqbah dibina dengan sebuah menara segi empat besar, sebuah laman yang dikelilingi anjung serambi dan sebuah dean solat besar yang dibian dengan gaya hypostyle yang ditutupi dua kupola besar pada paksinya. Masjid Agung Samarra di Iraq, yang selesai dibina dalam tahun 847 M, menggabungkan gaya hypostyle dengan barisan tiang yang menyokong tapak rata dengan binaan sebuah menara berpusar di atasnya.